Follow us via:
  • RSS
  • http://www.afnews.info/networkedblogs.gif
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter

Followers

Bagaimana Untuk Menjaga Laptop Anda

Tapi kali ini lebih kepada penggunaan dan penjagaan fizikal laptop.





1. Jangan makan dan minum di hadapan laptop anda

Mengelakkan tumpahan air dan makanan (berair) ke atas laptop anda kerana ia akan merosakkan isi dalaman laptop anda.
Mengelakkan laptop anda jadi rumah semut. (Enchik Nine berpengalaman bila buka semua komponen, semut berterabur.- Macam tak logik tapi sangat benar).

2. Jangan ambil ringan penjagaan skrin laptop anda

Tutup skrin dengan kedua-dua belah tangan anda dengan pelahan.
Jangan sentuh skrin laptop anda dengan tangan ataupun bahan-bahan lain.
Cuci skrin laptop anda hanya dengan bahan pencuci khas dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan permukaan skrin.
Jangan letakkan barang-barang di atas laptop anda, ada akan terdedah kepada risoko skrin pecah.

3. Kawal suhu laptop anda dengan peranti tambahan

Peranti tambahan sudah tentunya cooler, untuk mengelakkan laptop anda overheat.
Jangan hidupkan laptop anda secara berterusan dalam tempoh yang lama tanpa dimatikan atau di hentikan sama ada dengan shoutdown mahupun mod 'sleep' atau 'hibernate'.

4. Penggunaan bateri

Jangan gunakan beteri dan charger secara serentak (selain itu ia menyebabkan laptop anda cepat panas).
Jangan biarkan beteri anda tidak berguna dalam masa seminggu.
Gunakan beteri sehingga hampir-hampir habis.
Cas beteri semasa ia tidak dihidupakan.

5. Jangan bawa laptop anda semasa ia dalam keadaan hidup (on), ia boleh merosakkan hard disk anda.

6. Dapatkan beg laptop yang berkualiti dan simpan laptop apabila tidak digunakan. Untuk mengelakkan daripada kerosakan seperti calar, skrin pecah dan sebagainya jika secara tidak sengaja malang menimpa.

7. Dapatkan kunci laptop anda mengelakkan kehilangan, jika anda menggunakan laptop anda di tempat awam terutama yang luas, anda digalakkan mengunci laptop anda dimana anda duduk (seperti meja makan restoran). Bukan hand bag sahaja boleh diragut, laptop turut boleh diragut. Alang-alang bagi perompak tu ragut meja sekali.

Met9, adakah Bw jaga laptop dengan betul? Agaknya ya lah kot!

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Post


Promote Our Blog


If You Want To Exchange Link With Us, Please Copy And Put This Logo To Your Blog And Inform Me At ChatBox

Comment & Suggestion

Copyright 2010 Salji!! Web Entertainment + + Sharing is caring.. - All Rights Reserved.
Designed by saljihitam.blogspot.com | Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com | Affordable HTML Templates from Herotemplates.com.