Follow us via:
  • RSS
  • http://www.afnews.info/networkedblogs.gif
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter

Followers

Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA TAHUN 1432H/2011

 KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH NEGERI NEGERI DI MALAYSIA TAHUN 1432H/2011
Kadar zakat fitrah diseluruh negara pada bulan Ramadan kali ini untuk hampir semua negeri naik antara RM1 dan lebih RM2 bagi setiap orang kecuali Selangor yang mengekalkan kadar lama yakni RM5.20.
Kadar zakat di negeri-negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan dinaikkan kepada RM5.20 daripada RM4.70 sebelum ini.
Terengganu memperlihatkan tambahan besar iaitu pada kadar RM8 dan minimum RM6 berbanding tahun sebelumnya RM5.50 dan serendah RM4.80.
Diikuti Sabah yang mengenakan kadar bayaran sebanyak RM7.70 daripada RM5.20 pada tahun lalu peningkatan RM2.50 manakala Kelantan menetapkan RM7.60 berbanding RM4.80 tahun lalu.
Kadar zakat fitrah di Sarawak pula adalah yang terbesar iaitu RM7.20 jika dibandingkan RM2.50 sebelumnya. Disusuli Pahang yang bertambah RM2.50 kepada kadar baru iaitu RM7.30.
Kadar bayaran zakat bagi seluruh negeri di Malaysia
Siapa yang harus membayar zakat fitrah?
Wajib bagi setiap muslim, baik merdeka atau budak, lelaki atau wanita, besar atau kecil, kaya atau miskin.
Seorang lelaki mengeluarkan zakat untuk dirinya dan orang-orang yang menjadi tanggung jawabnya. Seorang isteri mengeluarkan zakat untuk dirinya atau oleh suaminya. Tidak wajib dibayar untuk bayi yang masih dalam kandungan, meskipun disunnahkan menurut Ahmad Hanbal.
Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya ditanggung oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya.
“Sesungguhnya Nabi s.a.w mewajibkan zakat fitrah atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, dari orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya.” – (HR Daraquthni)
Bila waktu membayar zakat fitrah?
  • Terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan
  • Sebelum Solat Hari Raya Aidilfitri
  • Dibolehkan membayarnya lebih awal apabila masuk bulan Ramadan
  • Yang utama mengakhirnya satu atau dua hari menjelang Aidilfitri

Homemade Cookies For Raya Special

https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-snc4/41598_105083612879812_7467_n.jpg 

Dear customers & friends, RayNis Raya Cookies Special have stop received any order.Last delivery will be until 1 week after Raya. We would like to thanks all of you for the support!Have a safe journey to those who go back to their hometown. Celebrate your Eid Mubarak with RayNis Raya Cookies Special ok!!

M&M BISCUITS
50 PCS - RM20
-Dedicated to chocolate lover!!-

WALNUT CHOCOLATE CHIPS
50 PCS - RM23
-Coated with chocolate chips and taste crispy-

CRANBERRIES CHOCOLATE CHIPS ***RECOMMENDED
50 PCS - RM23
~HIGH DEMAND DURING FESTIVE TIME~
-Tasty, crunchy and yummy! Full with chocolate and cranberries.thumb up!!
CHOCOLATE OAT ***RECOMMENDED
50 PCS - RM23
~HIGH DEMAND DURING FESTIVE TIME~
-Its look like Makmur. Crispy and crunchy.Taste like Mocha Coffee Bean and it really different. Not too sweet. Favorable among children-
JARINGAN KEJU
50 PCS - RM25
-Coated with cheese and cashews nut.Crunchy taste.-

CRANBERRIES CHOCOLATE CHIP***RECOMMENDED
50 PCS - RM23
~HIGH DEMAND DURING FESTIVE TIME~
-Tasty, crunchy and yummy!Full with chocolate and cranberries. thumb up!!

PINEAPPLE TART ***RECOMMENDED
50 PCS - RM25
~ HIGH DEMAND DURING FESTIVE TIME~
-Very popular and highly demanding.Different look and really tasty!!Superb. Own made jem.-Thumb up!!!

 SAMPERIT
50PCS - RM23
-It tasty and its melted in your mouth...yummy!- 




PLEASE DROP A MESSAGE IF U INTERESTED TO ORDER.DELIVERY IS AVAILABLE.THE CHARGES FOR DELIVERY WITHIN KL AREA ARE AS FOLLOWS;

1- Ampang Jaya, Wangsa Maju, Setiawangsa,Melawati, Danau Kota and Setapak - FOC.

2- Gombak and Kuala Lumpur area - RM5.

3- Petaling Jaya, Bangsar, TTDI and Shah Alam - RM10 to RM15.

IF YOU DECIDE TO COLLECT BY YOURSELF, DO CONTACT ME AT 019-230 7947 OR 012-627 2148

WE PROVIDE DELIVERY BY POS LAJU (PARCEL) OR BY TRANSNATIONAL BUS.

THE CHARGES WILL BE ACCORDING TO THE WEIGHT OF THE PARCEL.ONCE YOU DECIDE TO USE ANY OF DELIVERY METHOD, PLEASE LET ME KNOW AND I WILL INCLUDE THE POSTAGE CHARGES BEFORE YOU MADE ANY PAYMENT TO ME.

BELOW IS MY ACCOUNT NO:-

MAYBANK - 164687016571 (ANNIS SHAZLIN AMIR BINTI AMIR).

PLEASE EMAIL ME ONCE YOU BANK IN TO MY ACCOUNT.TQ


Any Information: FACEBOOK



Cara baru mengondam!!

Berbogel disebabkan cuaca panas di China

13104616807236745 Hampir Berbogel Kerana Cuaca Yang Panas Di China

Kempen Bersih 3.0 di Facebook Sudah Bermula

Sudah Ada Kempen Facebook Bersih 3.0?
KUALA LUMPUR – Belum pun reda bahang perhimpunan Bersih 2.0 pada minggu lalu, beberapa pihak yang dipercayai penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah memulakan kempen untuk meninjau sokongan pelayar internet tempatan dengan mewujudkan fan page Facebook – Bersih 3.0Akaun tersebut boleh dibuka di alamat berikut : Bersih 3.0
Fan Page itu sedang berusaha mengumpulkan sebanyak mungkin pengikut.
Menurut sumber, kewujudan akaun tersebut juga akan menjadi kayu pengukur kejayaan Bersih 3.0 selepas Bersih 2.0 berjaya mengumpul puluhan ribu peserta walaupun pelbagai halangan dan sekatan dikenakan untuk menghalang warga tempatan menyertai perhimpunan Sabtu lepas.

Hari ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.
Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara.
“Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyatakan kesediaan menggerakkan massa untuk mengadakan himpunan Bersih sekali lagi, seperti diumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam jika kerajaan masih berdegil dan enggan mendengar tuntutan rakyat.
Sementara itu, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga berkata, tidak pernah terlintas ataupun berniat gabungan itu bagi menumbangkan kerajaan BN.
BERSIH hanya mahu bekerjasama dengan kerajaan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini, katanya.

“Bagi saya, tidak pernah menjadi niat kami sehingga sekarang untuk menumbangkan kerajaan ini. Kami hanya mahu bekerjasama perbaiki sistem pilihan raya,” jelasnya lagi.

Sumber

Gugurnya seorang pejuang BERSIH 2.0

http://3.bp.blogspot.com/_jqAId45Feq8/TMfSS2BPwCI/AAAAAAAABNs/NI2Bm25ZAFo/s1600/al-fatihah.jpg
Allahyarham Baharudin Ahmad, 58 tahun yang berada di KLCC meninggal dunia selepas terhidu asap bom pemedih mata yang ditembak oleh FRU.

Bahan kimia 2-Chlorobenzalmalononitril​ e (CS) yang menjadi bahan utama bom berkenaan menjadi punca mangsa mengalami trauma, sesak nafas dan kegagalan fungsi jantung hingga menyebabkan kematiannya.Allahyarham Baharudin Ahmad, 58 tahun yang berada di KLCC meninggal dunia selepas terhidu asap bom pemedih mata yang ditembak oleh FRU.


Bahan kimia 2-Chlorobenzalmalononitril​ e (CS) yang menjadi bahan utama bom berkenaan menjadi punca mangsa mengalami trauma, sesak nafas dan kegagalan fungsi jantung hingga menyebabkan kematiannya.

Langkah Pencegahan Sebelum Menjadi Mangsa Penggodam

1. Jangan kongsi kata laluan dengan sesiapa sahaja tidak kira SIAPA PUN DIA.

2. SELALU/KERAP ubah kata laluan khususnya yang digunakan untuk log masuk dalam akaun di internet contohnya kata laluan e-mel. disarankan 3 bulan sekali.

3. Gunakan kata laluan yang kukuh. jangan hanya masukkan perkataan dari kamus kemudian ditambah nombor '1234' untuk 'mengukuhkannya'. kata laluan jenis ini mampu membuat para penggodam tersenyum.

4. SENTIASA INGAT kata laluan khususnya untuk E-MEL, sama ada E-MEL utama yang digunakan untuk pelbagai akaun sosial mahupun E-MEL RECOVERY (sekunder). ini TERAMAT PENTING, kerana sekiranya anda ingin mengembalikan kata laluan yang dilupai, E-MEL RECOVERY adalah penyelamat anda!

5. SENTIASA KEMASKINI nombor telefon bimbit yang digunakan dalam akaun contohnya FACEBOOK, khususnya buat mereka yang KERAP menukar nombor telefon bimbit (artis contohnya). kerana jika anda ingin 'mengembalikan' akaun Facebook anda yang telah DIGODAM, nombor telefon bimbit adalah salah satu elemen yang ada dalam membantu mengembalikannya! jika anda tidak mengemaskininya, bayangkan apa akan terjadi jika akaun anda digodam, kemudian anda tidak lagi mempunyai akses kepada e-mel mahupun nombor telefon bimbit, SUSAH BUKAN??

6. JANGAN LOG MASUK secara semberono..PERIKSA terlebih dahulu URL sebelum log masuk kerana berkemungkinan halaman log masuk anda adalah palsu! (phishing)

7. TUNTUTLAH ILMU mengenai hacking kerana dengan mengetahui kaedah penggodam 'melakukan' kerjanya adalah sebaik-baik langkah pencegahan.

8. SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN bergantung kepada perisian CRACK melainkan datang dari sumber yang boleh dipercayai contohnya blog ini (hehe)..berkemungkinan ia telah ditanam RAT atau KEYLOGGER yang tidak dapat dikesan oleh antivirus, contohnya CYBERGATE..sekali ia telah masuk ke dalam sistem anda, adalah amat sukar untuk mengesan dan membuangnya dari komputer anda melainkan FORMAT semula..seronok macam tu??

9. JANGAN mudah percaya dengan tawaran-tawaran tertentu dari mana-mana orang sebelum menyelidiki ia terlebih dahulu, kerana ia berkemungkinan adalah salah satu teknik kejuruteraan sosial (Social Engineering) untuk memperdayakan mangsa supaya membuat sesuatu yang tidak patut dilakukan.


Apa yang ingin tekankan disini ialah ubah kata laluan dengan kerap, ingat kata laluan khususnya e-mel anda sama ada e-mel pertama mahupun kedua (sekunder, recovery) dan kemaskini nombor telefon bimbit anda dalam akaun di internet. bagaimana cara anda mahu mengingati kata laluan, itu terserah kepada anda sendiri, namun tidak digalakkan disimpan dalam NOTEPAD pada komputer anda ataupun dalam telefon bimbit anda kerana bila-bila masa ia boleh dilihat!

Situasinya begini, bayangkan akaun FACEBOOK anda digodam, kemudian anda cuba untuk membuat 'password recovery' dengan harapan dapat mengembalikan akaun anda itu tadi..tetapi bagaimana mahu mengembalikannya sedangkan anda TIDAK MEMPUNYAI akses kepada akaun e-mel anda sendiri kerana telah terlupa kata laluan (jarang guna e-mel adalah salah satu punca terlupa) dan anda juga tidak mempunyai akses ke nombor telefon bimbit kerana itu adalah nombor LAMA yang tidak lagi DIGUNAKAN..Sistem sekuriti Facebook adalah sangat ketat di mana sekiranya anda tidak mempunyai akses ke akaun e-mel sendiri, maka anda BUKANLAH SESIAPA dan TIDAK MEMPUNYAI HAK ATAU AUTHORITI untuk mendapatkan kembali akaun Facebook anda.



Sumber

Cicak Tokek HARAM Dimakan!!


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) .
Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.

Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.

2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam.
Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.

* akhbar Kosmo! dalam laporan muka depan pada 8 Mei 2010 melaporkan harga sekilogram cicak tokek boleh mencecah RM1 juta disebabkan khasiatnya boleh mengubat penyakit HIV dan banyak lagi.
 
SUMBER

Lagi mengenai Freemason/Illuminati!



Assalamualaikum W.B.T!
Anda bertenang dan buka minda seluas-luasnya okay!

Dewa 19. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan muzik terkenal dari seberang ini. Lagu-lagu mereka seperti Laskar Cinta, Pupus, Sedang Ingin Bercinta, Roman Picisan dan lain-lain sudah sebati dengan jiwa anak muda zaman sekarang. Persoalannya sekarang adakah mereka tergolong dalam golongan artis pilihan Si Pendusta Besar (Dajal) yang ditugaskan untuk mengawal minda (mind control) kita khususnya di kawasan Nusantara ini?

Jika di Hollywood begitu ramai sekali artis-artis tajaan mereka seperti Madonna, Britney Spears, Jay-Z, Rihanna dan ramai lagi. Begitu mudah bagi mereka untuk menjatuhkan dan menaikkan seseorang artis yang mereka mahukan semudah A B C, 1 2 3 kerana merekalah yang menguasai segalanya. Tetapi bukan semua artis mereka hanya mengikut telunjuk seakan 'puppet' yang dimainkan tali mengikut gerak atur 'The Elite'. Jika mereka tidak mengikut seperti apa yang dirancang, maka hancurlah karier mereka malah lebih teruk lagi mereka tidak berpeluang melihat matahari terbit lagi.


Micheal Jackson! MJ boleh dikategorikan sebagai artis terhebat sepanjang zaman dan mungkin tiada pengganti. Siapa sangka MJ adalah mangsa mind control dan berkhidmat untuk 'The Elite' sejal kecil lagi. Bakat yang dikurniakan kepada MJ telah digunakan 'The Elite' dan menjadikan MJ sebagai seorang penghibur yang hebat tiada tanding. Hal ini tidak berpanjangan kerana MJ telah membelot dan menentang mereka. Sejak dari itu, imej MJ telah diburukkan dengan skandal seks dan bermacam-macam lagi. Sehinggalah akhirnya beliau mati dibunuh baru-baru ini. Hanya 2 pilihan diberikan kepada mereka, samada mengecapi kemewahan dan kemasyuran berterusan dengan terus berkhidmat untuk mereka atau akan mengalami kejatuhan dan kisah hidup berakhir dengan tragis. Inilah permainan The Hidden Hand!


Hayatilah lirik-lirik lagu MJ ini, ada mesej yang ingin disampaikan oleh beliau kepada kita semua..

" All I wanna say is that
They don't really care about us
All I wanna say is that
They don't really care about us "

'The Elite' tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban dengan segala bentuk penindasan dan peperangan..

" Beat me, hate me
You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Jew me, Sue me
Everybody do me
Kick me, Kike me
Don't you black or white me "

Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka..

" Tell me what has become of my life
I have a wife and two children who love me
I am the victim of police brutality, now
I'm tired of bein' the victim of hate
You're rapin' me of my pride
Oh, for God's sake
I look to heaven to fulfill its prophecy...
Set me free "

Beliau menjadi mangsa tuduhan seks terhadap kanak-kanak dengan bertujuan menjatuhkan beliau dan beliau mahu mencari kebenaran. Mungkin melalui Islam beliau telah mendapat kebenaran yang dicari-cari..


Banyak lagi lagu-lagu beliau yang mempunyai mesej-mesej kepada kita semua. Secara tidak langsung, beliau telah memberi amaran kepada kita siapa musuh kita sebenar. Inilah Peace, Love And Harmony yang diperjuangkan oleh Micheal Jackson ini.
Al-fatihah untuk Allahyarham Michael Jackson..
Dengan sedikit pendedahan tentang MJ, diharap minda anda lebih bersedia untuk menerima maklumat-maklumat selepas ini dengan lebih baik. Dewa 19. Kumpulan Musik ini telah ditubuhkan pada 1986 dan dianggotai 5 sahabat terdiri dari Ahmad Dhani, Andra, Tyo, Once dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1992 berjudul Dewa 19 dan selepas itu mereka telah mengeluarkan banyak lagi album-album yang lain dan menempa nama di seluruh pelusuk Nusantara. Antara album mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta. Tokoh Budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi telah membuat aduan kepada kerajaan Indonesia untuk membuat siasatan ke atas kumpulan ini kerana disyaki Agen Penyebar Propaganda Zionis pada 2005.

Sekilas pandang kumpulan ini tiada perbezaan dengan kumpulan muzik yang lain. Tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut ada 'something' dengan band terkenal ini. Elok rasanya jika kita berkenalan lebih lanjut dengan vokalis utama kumpulan ini, Ahmad Dhani. Ahmad Dhani berketurunan Yahudi dari ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. Beliau juga sering kelihatan memakai Star Of David walaupun beragama Islam.


Kulit-kulit albumnya juga menimbulkan keraguan kerana terdapat banyak unsur-unsur Freemason/Illuminati. Album pertama mereka, Dewa 19 menunjukkan 'Unfinished Pyramid' sama seperti di Satu Dolar US. Ini adalah lambang yang digunakan oleh Illuminatist untuk melambangkan pelan agung mereka yang belum siap sepenuhnya.

Dewa 19 1992

All Seeing Eye pada kulit album Dewa 19 (Cintailah Cinta 2002)

Lambang Sayap pada kulit album Atas Nama Cinta yang turut digunakan oleh Theosophy (Pertubuhan Keagamaan Yahudi)

Bintang Lima (2000)

Emblem Theosophy 

Berikut saya sertakan clip video yang berjudul "SATU" dari Dewa 19. Banyak 'subliminal messages' di dalam clip video ini jika kita mengkaji dan meneliti video ini.


Intro video ini, tompok hitam mengalir dari atas ke bawah umpama mata Horus.

Perhatikan 'One Eye' di atas manusia. Manusia seolah-olah 'terpenjara' di dalam dunia Dajjal. (NWO)

'Unfinished' Pyramid.

Minda manusia seolah-olah diprogram untuk menurut kehendak mereka.

One Eye.




One World Religion! NWO-One World Goverment-One World Religion.

Pillar Of Freemason.

Formasi tangan yang sama dengan Baptomet (Kaballah ).

Gambar pertama, seorang manusia memegang piramid dengan mata satu. Gambar kedua, lelaki menyerupai perempuan (tanda kiamat?). Gambar ketiga, piramid dan sebelah mata di'contrast'.

Serpent Coil atau dikenali Lagash Vase (Zaman Firaun).

Jadi, apa pandangan anda?
Terpulang kepada anda untuk mempercayai kebenaran ini atau tidak..
Apa? Justin Bieber?
Saya mana tahu!
Ha! Ha! Ha! Ha!
Saya sangat minat dengan DEWA 19!
Tak nak la support mereka dah!
Nampaknya, lebih baik saya dengar lagu nasyid je..
Hati tenang, jiwa tenteram!
Renung-renungkan, selamat beramal!

Ambiga dan Hadi dibebaskan petang ini

Video Live Laporan Perhimpunan Bersih 2.0

Video Live Laporan Perhimpunan Bersih 2.0

Video Gas pemedih mata dilepaskan

Lagi berita berkaitan bersih live/secara langsung

UPDATE : Terkini Bersih 2.0 -- Ambiga Ditangkap
Video Sekitar Masjid Jamek pagi tadi

Sekita Jalan Tun Abdul Razak


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dengan tenang memberi ucapan di perasmian Hari Koperasi Negara 2011, dalam pada masa yang sama puluhan ribu orang penunjuk perasaan sedang tegang menghadapi polis dan gas pemedih mata. Beliau memuji orang awam yang hadir ke majlis perasmian Koperasi pada hari ni di Istana Kehakiman Putrajaya sebab tak sertai Bersih 2.
PM enggan menjawab pertanyaan pemberita kerana ingin melawat kawasan sekitar.
Laporan mengenai Bersih 2
Setakat ni jam 4 ptg Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:
Mahfuz Omar – KL Sentral
Salahuddin Ayub – KL Sentral
Mohamad Sabu – Jalan Mahameru
Fauziah Salleh – KL Sentral
Tian Chua – KL Sentral
S Ambiga – KL Sentral
Hadi Awang – KL Sentral
Azeez Rahim – Jalan Bukit Bintang

 
Sumber

Bersih 2.0 anggap perarakan hari ini berjaya

BERSIH 2.0 menganggap perarakan hari ini sebagai satu kemenangan kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia, dengan mendakwa sehingga 50,000 orang telah menyertainya, bagi menyokong tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil.

NONEAhli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Subramaniam Pillay berkata pihaknya menganggap ia satu kejayaan besar kerana menurutnya, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, bukanlah boleh dilakukan dalam perarakan satu hari sahaja.

Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas perhimpunan tersebut.

NONESasterawan Negara Datuk A Samad Said (kanan) - seorang lagi ahli
jawatankuasa tersebut - berkata jumlah kehadiran yang besar sangat penting kerana ia berlaku walaupun banyak halangan dari pihak berkuasa.

Beliau menyifatkannya sebagai sangat berjaya kerana walaupun dua minggu berdepan dengan halangan, "saya terkejut melihat ribuan orang (menyertainya)".

"Dari perspektif ini, rakyat sesungguhnya telah berjaya," kata sasterawan berusia tujuh tahun, yang memakai baju-T BERSIH 2.0 di luar baju lengan panjangnya.

NONEBERSIH 2.0 berkata oleh kerana polis dihalang mereka menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, maka gabungan itu akan mengemukakan permohonan untuk buat demikian.

"Kami akan buat temujanji berasingan untuk menyerahkannya, bila pihak polis kembali tenang," kata seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut, Arumugam sambil menambah tidak perlu untuk satu lagi perhimpunan.

Ditanya sama ada BERSIH 2.0 akan mengadakan satu lagi perhimpunan jika tuntutan pembaharuan pilihan raya itu tidak dipenuhi, Subramaniam berkata, jawatankuasanya akan membincangkan perkara itu apabila tiba masanya.




Sumber

8 Tuntutan Bersih 2.0

8 Tuntutan Bersih 2.0


Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


Fakta menarik

Kristina Svechinskaya sexiest hackers of the world's


3 Video Youtube Paling Berbahaya Untuk Ditonton

Sebuah video dengan latar belakang merah dan seorang laki laki menatap tajam anda
berhati hatilah karena bila tidak Fokus maka anda akan terhipnotis mencongkel mata anda sendiri


The Legendary Computer Hacker Master

Pertandingan Mencipta Logo Inovasi - RM30k untuk dimenangi!

If someone slaps you.

apa korang akan buat jika salah seorang ini menampar anda?

 

Popular Post


Promote Our Blog


If You Want To Exchange Link With Us, Please Copy And Put This Logo To Your Blog And Inform Me At ChatBox

Comment & Suggestion

Copyright 2010 Salji!! Web Entertainment + + Sharing is caring.. - All Rights Reserved.
Designed by saljihitam.blogspot.com | Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com | Affordable HTML Templates from Herotemplates.com.