Follow us via:
  • RSS
  • http://www.afnews.info/networkedblogs.gif
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter

Followers

Skandal seks Giggs terbongkar lagi


LONDON: Bintang bola sepak Manchester United, Ryan Giggs mendapati dirinya menjadi tajuk akhbar sekali lagi, kali ini skandal seks dengan isteri adiknya.
Akhbar News of The World semalam melaporkan, Giggs menjalinkan hubungan dengan adik iparnya, Natasha, 28, selama lapan tahun.



Ekoran dakwaan hubungannya dengan bintang Big Brother, Imogen Thomas, dakwaan lebih banyak kecurangan Giggs pasti mengejutkan peminatnya.

Menurut akhbar berkenaan, jutawan bola sepak itu juga bermalam dengan Natasha, ejen hartanah pada 9 April lalu.

Tabloid itu juga mendakwa, Giggs berfoya-foya dengan Natasha tanpa pengetahuan Stacey, ketika isterinya itu hamil.

Bekas Personaliti Sukan BBC berusia 37 tahun itu dikatakan menghabiskan masa bersama-sama dengan adik iparnya di beberapa hotel selepas kali pertama bertemunya ketika wanita itu masih bujang pada 2003.


Seorang rakan memberitahu akhbar itu bahawa Natasha pernah berkata kepadanya: “Saya tahu ia salah. Ia adalah kecurangan paling teruk. Saya cuba menamatkan hubungan dengan Giggs tetapi ia seperti satu ketagihan. Apa saja yang dia cakap, saya akan ikut. Saya tidak mampu untuk berkata ‘tidak.’” Menurut Natasha, hubungan yang terjalin itu adalah menurut syarat yang ditetapkan Giggs dan bintang bola sepak itu tidak pernah menyatakan cinta kepadanya.

“Giggs tidak pernah menyayangi saya. Ia semata-mata mengenai seks,” kata rakan Natasha, memetik kata-kata wanita itu.

Giggs dikatakan berkenalan dengan Natasha lapan tahun lalu di kelab malam Sugar Lounge, Manchester ketika wanita itu masih berusia 20 tahun dan Giggs baru bertunang dengan Stacey.

Mereka mengadakan seks beberapa kali selepas itu.

Natasha kemudian berpacaran dengan adik Giggs, Rhodri pada 2003 sebelum mereka bertunang pada 2005.

Pada 2006, Natasha hamil ekoran hubungan dengan Rhodi. Tetapi dia masih menjalinkan hubungan dengan Giggs. Pada Jun 2008, khabar angin mengenai hubungan Giggs dengan Natasha tersebar tetapi tidak ada bukti menunjukkan ia benar. Rhodi dan Natasha akhirnya berkahwin pada 2010. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Post


Promote Our Blog


If You Want To Exchange Link With Us, Please Copy And Put This Logo To Your Blog And Inform Me At ChatBox

Comment & Suggestion

Copyright 2010 Salji!! Web Entertainment + + Sharing is caring.. - All Rights Reserved.
Designed by saljihitam.blogspot.com | Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com | Affordable HTML Templates from Herotemplates.com.