Follow us via:
  • RSS
  • http://www.afnews.info/networkedblogs.gif
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter

Followers

Fakta menarik

  • Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
  • Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.
  • Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,
  • Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
  • Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
  • kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
  • Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  • Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  • Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  • Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
  • Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
  • Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
  • akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
  • satu perkataan.
  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
  • kimia.
  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
  • lama daripada mereka yang kidal.
  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
  • di telefon sepanjang hayatnya.
  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
  • hidupnya.
  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
  • Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
  • Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
  • iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
  • Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
  • melebar sebanyak 300 milimeter.
  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
  • iaitu huruf A.
  • Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
  • selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
  • kawal.
  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
  • jantung.
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
  • darjah Celcius.
  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
  • Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
  • Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
  • telur setiap hari.
  • Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
  • di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
  • peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras
  • air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku,
  • sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
  • Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun
  • dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4
  • meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat
  • apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah
  • daripada membuat terowong bawah laut.
  • Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut
  • ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
  • Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
  • Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
  • bawah paras beku pernah dicatitkan.
  • Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
  • berat badannya dalam masa 36 jam.
  • Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang
  • kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-
  • kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali
  • ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.
  • Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya
  • boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji
  • lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
  • Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
  • sentiasa siang.
  • Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang
  • dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara
  • betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
  • anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan
  • kopi.
  • Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila
  • bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air
  • terjun ini.
  • Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ
  • itu melekat pada lelangit.
  • Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit
  • ialah seberat 1.36 kg.
  • Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
  • menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
  • Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat
  • jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang
  • semasa haiwan itu melompat.
  • Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar
  • code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama
  • yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.
  • Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut
  • pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.
  • Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh
  • menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.
  • Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya
  • adalah satu juta bagi setiap orang.
  • Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang
  • tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.
  • Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke
  • puncak Menara Eiffel.
  • Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul
  • bermakna `ibu negara'.
  • Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia
  • akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.
  • Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung
  • berapi paling besar dalam sistem solar.
  • Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan
  • sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
  • Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada
  • tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang
  • dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas
  • tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.
  • Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
  • taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
  • tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
  • memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
  • Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
  • gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
  • melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.
  • Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar
  • daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
  • berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang
  • lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan
  • dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman
  • sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan
  • kebodohan sendiri.
  • Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa
  • untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap
  • haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan
  • terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga
  • pemburu sampai.
  • Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan.
  • Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red
  • Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang
  • sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini
  • disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah
  • kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh
  • 2500 SM.
  • Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian
  • dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet
  • telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga
  • tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan
  • pelbagai jenis penyakit polio.
  • Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona
  • Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk
  • menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu
  • berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja
  • dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang
  • lebih dewasa daripadanya.
  • Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella
  • mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah
  • untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln.
  • Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia
  • menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa
  • manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.
  • Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah
  • pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari
  • 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan
  • semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955
  • apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.
  • Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral
  • dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan
  • tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga
  • ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia
  • dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar
  • beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.
  • Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan
  • lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung
  • pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang
  • hamil.
  • Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal
  • dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi
  • dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.
  • Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga
  • 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda
  • untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara
  • 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor
  • rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan
  • 10,000 ekor burung merpati.
  • Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika
  • India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi
  • kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan
  • ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah
  • 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut
  • akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan
  • sebahagian besar muka bumi.
  • Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke
  • kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang
  • menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik
  • canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki
  • dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya
  • dilekatkan di kocek baju.
  • Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana
  • kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan
  • US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding
  • US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau
  • US$2,000 dengan senjata konvensional.
  • Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali
  • pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati
  • kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.
  • Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan
  • kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai
  • vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan
  • tenaga.
  • Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak
  • sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen
  • setiap 20 minit.
  • Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di
  • dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh
  • dunia.
  • Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika
  • dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.
  • Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh
  • membesar sehingga 2 meter panjang.
  • Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar
  • tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan
  • isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.
  • Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret
  • Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and
  • Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai
  • rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.
  • Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.
  • Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak
  • daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.
  • Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman,
  • seorang agen insurans.
  • Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro,
  • menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun
  • 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"-
  • sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!
  • Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh
  • David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.
  • Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan
  • 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.
  • Gajah Afrika hamil selama 640 hari.
  • Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai
  • 7,000 orang.
  • Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd
  • Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.
  • Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di
  • universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan
  • Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah
  • seorang kawannya.
  • Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi
  • meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.
  • Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar
  • Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan
  • hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.
  • Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat
  • takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi
  • mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak
  • mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami
  • masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi
  • miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah
  • terpahat di dahi.
  • Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun
  • begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui
  • cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui
  • cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis
  • bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut,
  • maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan
  • sehingga ke hari ini.
  • KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang
  • berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan
  • tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian
  • 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di
  • musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang
  • lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan
  • yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan
  • menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia
  • berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik,
  • jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta
  • klinik.
  • Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap
  • hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa
  • sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 -
  • 100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat
  • peruntukan pembelian senjata dunia.
  • Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang
  • dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang
  • suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar
  • Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul.
  • Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih
  • berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri
  • Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai
  • isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda
  • cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil
  • masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653.
  • Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.
  • Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh
  • rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri
  • bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya
  • menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut
  • adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.
  • Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga
  • ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada
  • 23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan
  • puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan
  • pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah
  • menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari
  • Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai
  • ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa
  • peralatan untuk penggambaran yang paling berat.
  • Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas,
  • Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia.
  • Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter.
  • Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi
  • yang luarbiasa.
  • Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang
  • embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah
  • berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang
  • yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY.
  • Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan
  • hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.
  • Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand.
  • Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan
  • getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.
  • Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports
  • Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka
  • depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson,
  • Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan
  • pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.
  • Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki
  • perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah
  • 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa
  • bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.
  • Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam
  • atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan
  • tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar
  • 10 meter.
  • Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama
  • lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.
  • Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke
  • udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950
  • kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling
  • lebih berat di bahagian `kepala'.
  • Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai
  • tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.
  • Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani
  • dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak
  • dalam drama Shakespeare.
  • Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang
  • jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam
  • lubang di bumi.
  • Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau
  • luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak
  • bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.
  • Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama
  • itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas
  • ia dibawa keluar dari negara itu.
  • Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan
  • akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.
  • Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap
  • dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau
  • sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan
  • lapisan usus.
  • Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada
  • manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama
  • cuma lebih lebat.
  • Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat
  • gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat
  • mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan
  • hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga
  • kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di
  • negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan
  • yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi
  • menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih
  • boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap
  • (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.
  • Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.
  • Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak
  • sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan
  • kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.
  • Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright
  • untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan
  • dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.
  • Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E
  • manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.
  • Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat
  • Amerika Syarikat mati tercekik.
  • Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.
  • Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga
  • merah di permukaannya.
  • Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk
  • berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.
  • Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad,
  • Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.
  • Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.
  • Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.
  • Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap
  • jari pada manusia.
  • Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa
  • saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah
  • atau kuning.
  • Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu
  • mudah bangun pagi.
  • Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu
  • mengurangkan berat badan.
  • Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.
  • Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya
  • 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas
  • kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.
  • Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di
  • pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.
  • Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai
  • 9,350 selekoh bagi pelumbanya.
  • Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada
  • sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.
  • Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak
  • kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.
  • Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi
  • ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau
  • tidur.
  • Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja
  • mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
  • Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100
  • juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.
  • Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari
  • England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang
  • digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.
  • Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra'
  • yang bermaksud liar atau terbiar.
  • Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap
  • batang rokok yang tidak dihisap.
  • Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus
  • sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.
  • Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier
  • telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa
  • 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.
  • Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya
  • telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.
  • Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18
  • otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka
  • anda. /font
  • Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di
  • kulit atau terbakar.
  • Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New
  • Zealand.
  • Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran
  • 18.5 meter persegi.
  • Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali
  • berat badannya dalam masa 56 hari.
  • Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air
  • berbanding udara dalam suhu yang sama.
  • Kucing tidak boleh merasa rasa manis.
  • Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.
Sumber

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Post


Promote Our Blog


If You Want To Exchange Link With Us, Please Copy And Put This Logo To Your Blog And Inform Me At ChatBox

Comment & Suggestion

Copyright 2010 Salji!! Web Entertainment + + Sharing is caring.. - All Rights Reserved.
Designed by saljihitam.blogspot.com | Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com | Affordable HTML Templates from Herotemplates.com.