Follow us via:
  • RSS
  • http://www.afnews.info/networkedblogs.gif
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter

Followers

Cicak Tokek HARAM Dimakan!!


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) .
Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.

Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.

2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam.
Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.

* akhbar Kosmo! dalam laporan muka depan pada 8 Mei 2010 melaporkan harga sekilogram cicak tokek boleh mencecah RM1 juta disebabkan khasiatnya boleh mengubat penyakit HIV dan banyak lagi.
 
SUMBER

0 comments:

Post a Comment

 

Popular Post


Promote Our Blog


If You Want To Exchange Link With Us, Please Copy And Put This Logo To Your Blog And Inform Me At ChatBox

Comment & Suggestion

Copyright 2010 Salji!! Web Entertainment + + Sharing is caring.. - All Rights Reserved.
Designed by saljihitam.blogspot.com | Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com | Affordable HTML Templates from Herotemplates.com.