MELAKA - Lima kawasan seluas 338 hektar di Melaka diisytiharkan sebagai Zon Bebas Asap Rokok mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, kawasan terbabit ialah bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin. “Sesiapa didapati menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazimnya sebanyak RM300 walaupun kompaun maksimum RM5,000,” katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, premis atau kawasan milik individu yang terdapat dalam lima kawasan tersebut dikecualikan daripada larangan tersebut.
“Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mewartakan 21 tempat yang dilarang merokok seperti hospital, dalam kenderaan awam, institusi pendidikan, kompleks beli belah dan stadium,” katanya.
Menurutnya, pelaksanaan Zon Bebas Asap Rokok itu diharap dapat menarik lebih ramai pelancong ke Melaka yang inginkan udara segar tanpa asap rokok.
0 comments:
Post a Comment